Wednesday 13 March 2024

Ramadan 1445H


Daripada Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharap pahala, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". (HR Bukhari no.38)

Mudah-mudahan hadirnya Ramadan kali ini, kita sama-sama belajar menyucikan jiwa daripada dosa-dosa. Kita mula buka lembaran baru untuk istiqomah melaksanakan ibadah-ibadah khusus dan menambahbaik ibadah-ibadah umum.

Ramadan mubarak! 🌹
-Amal Aizad-

Thursday 29 February 2024

Kain Felt

Assalamualaikum.
Hello semua, apa khabar?

Di sini kami sertakan link untuk mudahkan pencarian
Koleksi Kain Polyester Felt di Amal Creative :)


Kain felt 1mm variasi hitam putih, merah, jingga dan kuning:

Kain felt 1mm variasi hijau, biru dan ungu:

Set kain felt 1mm semua 33 warna:

Kain felt 2mm (lebih tebal):

Kain felt 1mm bercorak (corak snow/heart/polkadot/flower):

Kain felt 1mm putih gulung (meter):

Kesemua jenis kain felt yang kami ada adalah kain felt polyester jenis keras.

Klik saja pada link yang tertera mengikut jenis felt pilihan.
Link akan terus bawa ke kedai online Shopee.

Jika mahu borong felt lebih banyak, boleh preorder.
Whatsapp Amal 010 903 4560 untuk pertanyaan lanjut.

Tuesday 27 February 2024

Penanda Buku Felt Bersulam Dengan Tema Palestin

Cik S minta saya buatkan penanda buku felt dengan tema warna bendera Palestin. Ada huruf initial dan ada icon tembikai yang melambangkan Palestin.

Alhamdulillah inilah hasilnya. Siap bulan Disember tahun lepas.





Terima kasih Cik S sudi tempah dan support projek sulaman kami. :)