Thursday, 30 December 2010

Hobi Baru Saya

Bismillah.
Hari ini secara rasminya saya ada hobi baru. Hehe.

Jahit FELT CRAFT!

Alhamdulillah pagi tadi saya terima felt craft starter kit. Saya beli dengan harga RM55 daripada Sus. Ada macam-macam di dalam kit ni. Terima kasih Sus. Laju hantar.

Maka semakin semangat lah saya nak menjahit felt craft. Sebelum ni hanya mampu renung laptop. Terliur mengidam nak sangat jahit macam-macam benda comel. Haha.


Potong kain-kain ikut template sesiap. Beratur untuk dijahit. :D


Barang pertama yang saya jahit adalah handphone charm berbentuk love. Warna pink. Tahap 'kekemasan' jahitan ku amat lah terserlah ya Puan-Puan. Saya cuba sembat walau tak berapa pasti cara menyembat sebenar. Belasah saja. :p 

 
Ya saya tahu tak ada rupa menjahit. :p Itu saya dah maklum sejak dulu. Cuma saya belum pernah putus asa untuk menjahit. Saya yakin saya pun boleh pandai jahit bila tiba masanya. Ada darah keturunan tukang jahit dalam diri. Tinggal lagi bakat ni perlu digilap lagi dan lagi. Wahhh, betul-betul self motivated dan ada unsur-unsur perasan. Astaghfirullah..

Waktu jahit barang kedua (pada hari kedua), baru lah saya rujuk cara jahitan dalam buku tutorial yang dibekalkan dalam kit. Sebelum tu sebab tak sabar, saya suka hati saja jahit. So keliling badan rama-rama ni saya guna jahitan insang pari. Alhamdulillah boleh lah kan ini maciam. :p


Bila nampak ada sikit 'rupa', jadi terus semangat nak sambung barang ketiga. Makin tersusun cumaaa, lupa pula nak letak tali untuk gantung. :p


Cukup lah tiga barang ni dulu. Buat lepas mengidam haha. Namun dalam hati ada rasa meronta-ronta nak jahit lagi. Saya baru order kain felt warna-warni yang lebih cantik. Tunggu nanti sampai hari Rabu insyaAllah.


Pesan kepada diri sendiri, jangan terlalu asyik. Ada tanggungjawab lain sedang menanti. Nak kena study dan siapkan segunung assignment. Hee..

(Kemaskini 15 Disember 2021: Saya replace watermark lama daripada blog peribadi yang asal).

No comments: