Pernahkah anda mendengar tentang Pinterest?
Pinterest adalah laman media sosial percuma yang menampilkan perkongsian foto pada Pinboard. Sebelum menggunakan Pinterest, kita dikehendaki mendaftar terlebih dahulu.
Di Pinterest, pengguna boleh pinkan foto dengan memuatnaik, menyimpan dan menguruskan foto tersebut pada satu koleksi yang dinamakan Pinboard. Jika ada pengguna lain yang berminat dengan foto yang kita pinkan, pengguna tersebut boleh pinkan semula pada Pinboardnya sendiri. Sama seperti konsep tweet dan retweet.
Bagaimanakah cara untuk menggunakan Pinterest?
Setelah mendaftar, kita perlu membuat Pinboard tentang kategori perkara yang kita ingin pin di Pinterest seperti Kraf Felt, Snek Sihat, Tips Masakan dan sebagainya. Kemudian di ruangan Search, kita boleh memilih kategori perkara yang kita minati.
Contohnya, saya memilih kategori DIY & Crafts. Dalam kategori ini, ada banyak subkategori lain seperti Beads, Sewing, Needlecrafts dan lain-lain. Kita boleh ikuti atau follow mana-mana kategori yang kita minati, kemudian memilih foto yang memberi kita ilham dan idea. Setelah itu, kita boleh pinkan ia di Pinboard kita.
Apakah kegunaan Pinterest untuk kraftangan felt?
Adakalanya perasaan jemu menjengah di hati apabila seringkali menjahit pola kraftangan felt yang sama saban minggu. Biasanya untuk mencari ilham dan idea baru, saya suka menggunakan carian Google dengan menaip kata kunci 'kraf felt', 'felt craft', 'kreasi flanel' atau 'feltro'. Saya bukanlah seorang yang pandai mereka bentuk. Jadi cara ini adalah antara cara terbaik untuk saya mencari inspirasi.
Terbaru, saya suka menggunakan Pinterest untuk mencari idea-idea segar berkenaan kraftangan felt. Taip sahaja 'felt craft' di halaman utama, maka akan keluarlah beratus-ratus gambar yang boleh dipinkan. Setiap kali saya klik butang 'Pin It', gambar beserta alamat url gambar tersebut akan disimpan di Pinboard pilihan. Saya boleh mengasingkan nama Pinboard untuk projek kraf felt umum dan projek kraf felt kanak-kanak. Pinterest membolehkan koleksi gambar dihimpunkan dalam keadaan yang lebih tersusun. Pin feed pengguna akan memaparkan hasil peribadi unik setiap pengguna.
Di Pinterest, terdapat pelbagai projek buat-sendiri dan pola percuma khas untuk kraftangan felt. Saya juga boleh memuatnaik alamat url blog ini ke Pinterest dan berkongsi idea dengan penggiat kraf felt lain di seluruh dunia. Cara ini secara tidak langsung juga, membolehkan trafik blog meningkat.
Menarik bukan? :)
No comments:
Post a Comment