MasyaAllah tabarakallah. Hari kedua sesi sisih dan kemas barang-barang di ruang tamu sempena Ramadan tak lama lagi. Semua seronok buat kerja sama-sama. Guna tenaga anak-anak sebelum depa kembali masuk sekolah.
Ruang utama sebelah kiri Alhamdulillah dah selesai semalam. Hari ni dan insyaAllah esok fokus kemas kawasan sebelah kanan pulak. Barang niaga Mama depa lah semua ni pun.
Bekas 'kuih raya' yang saya dah tak mau guna (di bawah kiri gambar) ada 10 balang lebih. Tak sesuai letak makanan sebab pernah letak resin dan butang. Masih lekat bau barang walau dah basuh. Saya dah pernah cuba buat. Sekarang nak buat apa pun tak tau. Ada cadangan?
Atau kalau ada crafters area Bangi/Kajang/Putrajaya yang nak ambil untuk simpan barang kraf, mai ja lah ambil. Ada balang besar, ada yang kecil.
No comments:
Post a Comment