Tajuk Lebih Tepat:
Metode Detoksifikasi Alatan Elektronik. :D
Gambar peram banyak hari. Baru berkesempatan nak update post bulan Februari,
Pertama, sibuk kenduri adik ipar bongsu. Alhamdulillah selesai rehat.
Kedua, cuti sekolah kan uolsss.. :D
Ketiga, bulan al-Quran dan bulan puasa iaitu bulan Ramadan makin hampir. MasyaAllah..
Ya Allah, sejahterakanlah kami hingga datangnya Ramadan. Sejahterakanlah Ramadan bagi kami dan terimalah daripada kami ibadah pada bulan itu.
Cuti sekolah ni selain daripada kita benarkan anak-anak menggunakan alatan elektronik, sangat moleklah bila kita sediakan juga bahan-bahan aktiviti indoor untuk mereka seperti permainan kad, playdough, batu seremban, carom, catur, sahiba, saidina dan sebagainya.
Boleh juga berikan mereka alatan menjahit kraf seperti felt craft dan sulaman tangan.
Sekiranya dapat bawa mereka beraktiviti di luar, itupun amat bagus. Selain mengukuhkan bonding kita bersama anak-anak, dapat juga kita mencipta memori manis bersama mereka. Yang penting, jangan biarkan anak-anak terlalu leka dengan alatan elektronik tanpa kawalan. Sama-sama kita usaha dan cuba okeh. :)
No comments:
Post a Comment