Friday 31 May 2024

Purple Theme Cute Name Keychain

Purple theme.
Cute name keychain.







MasyaAllah serius seronok sangat buat set keychain yang ni. Waktu nak mix and match warna huruf-huruf tu, fuh mencabar. Tapi bila dah siap, puas hati sangat Alhamdulillah.

Yang penting bila siapkan tempahan mana-mana keychain, client kami yang menerima suka, seronok dan puas hati. Kepuasan client, keutamaan kami.

Terima kasih banyak Puan A. 🥰

Berminat nak tempah keychain nama yang comel macam ni?
Boleh whatsapp kami 010 903 4560. :)

Tuesday 28 May 2024

Stok Flatback Resin Baru Mei



Alhamdulillah yang dinanti sudah tiba. Boleh sambung buat keychain nama semula! 😍

InsyaAllah saya akan pm balik sorang-sorang yang saya belum siapkan order dek kehabisan resin hari tu ya. Dan juga saya akan restock semua mini resin yang ada ni di Shopee. Bunga-bunga dan rainbow tu ramai cari.

Ada dua design baru kali ni. Star and heart shape resin.

Boleh zoom tengok di gambar. 🥰

Sunday 26 May 2024

Cari Dana Buku


Jahit penanda buku untuk cari dana membeli buku di pesta buku.

Tak ingat bila kali terakhir jejak PBAKL. Punya lah lama tak pi. Padahal zaman muda-mudi dulu siap heret beg peti digandingkan dengan beg sandang.

Sebegitu gigih sis.. 😅

Tuesday 21 May 2024

Keychain Sulam Bendera Palestin

Kerja sulam November tahun lepas.


Baru teringat belum share lagi gambar ni. Jadi tetiba teringat waktu tengah buat watermelon bookmark semalam.

Begitulah bila lebih berjiwa artist. Buat kerja kraf tangan dan sulam ni seronok. Enjoy. Suka sangat!

Bila mai bab nak kena ambil gambar buat content dan share di media sosial tu, dia jadi slow sikit. Apatah lagi buat video. Masih struggling. 😅

Keychain sulam ni, benangnya saya guna benang DMC. Berkualiti. Berkilat elok benangnya. Harga selembar, lima kali ganda harga benang sulam biasa yang anak-anak kita beli di kedai buku untuk siapkan projek PSV.

Untuk isi ruang warna bendera 🍉, saya sulam tangan guna teknik seed stitch dan French knots. Isi ruang sampai penuh.

Nampak macam simple dan senang kan? Bila dah mula buat, baru tahu betapa ambil masanya projek sulam ni. Walaupun dia kecil, 5cm diameter. 😄

Monday 20 May 2024

Penanda Buku Tembikai

Felt watermelon corner bookmark.
Penanda buku tembikai daripada felt.








Terima kasih sahabat lama di Maahad Mahmud yang tempah untuk anak-anak.
🍉🥰

Untuk buat bookmark ni, saya guna kain polyester felt 1mm yang bagus kualiti dia. Kain tegap elok. Selesa nak jahit. Sesuai sangat jadikan bookmark.

Kain felt warna putih, merah, hitam dan hijau ni semua ada di kedai oren saya. Warna lain pun ada.

Di bawah ni saya share kod warna saya guna untuk bookmark.

Felt kod Black, White and Red:
https://s.shopee.com.my/9A2pNIlpZo

Felt kod Dark Green:
https://s.shopee.com.my/1B0Xqewvyf

Nak tutorial ke? 🙂 Siapa rajin nanti boleh follow buat.

Siapa nak bookmark yang terus siap, pun boleh terus order. Bookmark ni antara pattern yang dah lama kami buat. Dan masih buat sampai sekarang. Bezanya sekarang saya guna benang DMC. Dia lagi elok, cantik, berkualiti dan puas hati.

Sunday 19 May 2024

Minimalist Name Keychain


Konsep minimalis. Tetap comel. Personally saya pun minat keychain macam ni. :)

Saturday 18 May 2024

Cute Roses Flatback Resin





Alhamdulillah dah masukkan pun bunga-bunga ros yang sweet rupa dia di kedai oren. 

Wednesday 15 May 2024

WIP Cute Name Keychain

Kerja semalam. Alhamdulillah dah siap pasang keychain dan siap pos kepada client yang sangat mudah berurusan. Rezqi sungguh, masyaAllah. 😃


Hari ni kerja sambung order seterusnya. Pun client yang mudah berurusan, masyaAllah. 😊

Saya ada selit masa sikit buat ready made 'Be Kind' keychain. Dalam 10 ketul macam tu. Lepas siap order wajib, baru saya ambil gambar dan share sini na.

Tips: Kalau nak tengok design apa yang available tu (sebab nak beli), terus ja pm. Saya bagi gambar terus. Cuma gambarnya versi pakai letak atas meja kerja yang sepah ni lah. 😅

Sunday 12 May 2024

Tapak Kayu Keychain Pastel

Plat kayu campur-campur.

Jenis bentuk, ada lima.
Jenis warna, pun ada lima.









Ni cara jual dia, kita bagi 10 keping per pack dengan harga RM5.00.

Kita bagi random shapes and random colours untuk setiap pack. Semua cantik-cantik.

Kami sendiri memang tukar-tukar guna semua warna dan bentuk mengikut kesesuaian nama/perkataan ditempah.

Friday 10 May 2024

Packing Style


Oleh kerana saya ada jual resin in small pack (10pcs), maka setiap kali ada customer order design yang pelbagai, saya biasanya campurkan resin tu dalam satu atau dua plastik.

Contoh yang ini. Ada 8 design berbeza. Saya sekalikan dalam plastik sama.

Tujuannya? Supaya dapat kita sama-sama kurangkan penggunaan plastik. Boleh na. 🙂

Yang resin school theme tu, saya dah packed awal. Jadi, depa dok asing. 😃

Untuk order resin design sama 50pcs ke atas pulak, yang tu ofkos saya asingkan. Jangan risau. Hee.. Kita cuba usaha tak peningkan customer sendiri.

Thursday 9 May 2024

Wednesday 8 May 2024

Purple Theme Name Keychain

Contoh purple shades keychain.
(Amal - kalau bukan pink, dia pilih purple). 🤭




Yang ni saya guna swivel hook. Personally saya suka hook ni lagi berbanding guna keychain dan ball chain. Senang sangkut. Guna sebelah jari saja pun siap.

So bila nak order nanti, boleh request nak letak penggantung jenis apa okeh.
Whatsapp Amal 010 903 4560 terus. 🌹

Tuesday 7 May 2024

Sweet Keychain For Me Myself




Buat seketul untuk diri sendiri guna resin baru, plat baru, huruf kayu baru dan ball chain baru. 

Saya nak highlight kat bunga ros tu. Cer zoom, cer zoom tengok. Memang ada kilat-kilat warna dia. Serius lawa. 🌹🥰

Siapa nak seketul untuk diri sendiri juga, meh saya buatkan.

Tak minat pink takpa, ada banyak pilihan warna lain boleh pilih.

Resin pun banyak pilihan.😃

📱 Whatsapp saya 010 903 4560 untuk tempahan.