Alhamdulillah kita masih berada dalam 10 siang hari terbaik di dunia.
Iaitu 10 hari awal Zulhijjah.
Yang mana perlu bekerja cari pendapatan (saya pun kategori ni), tak apa kita boleh teruskan. Kemudian kita usahakan tambah dengan amal-amal ibadah lain.
Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Dapat buat satu, pulunlah sungguh-sungguh hat tu.
Contoh, yang saya fikir paling ringan dan paling boleh sesangat dibuat mak-mak yang kerja di rumah sambil jaga anak adalah baca zikir.
Waktu masak, boleh zikir.
Waktu sidai baju, boleh zikir.
Waktu kemas rumah, boleh zikir.
Waktu basuh pinggan, boleh zikir.
Waktu memandu hantar anak ke sekolah, boleh zikir.
Waktu tunggu anak balik sekolah dalam kereta atau atas motosikal, boleh zikir.
Waktu menjahit, boleh zikir.
Waktu lipat kotak barang, boleh zikir.
Waktu packing order customer, pun boleh zikir.
Sangat banyak peluang untuk baca zikir. Baca = buka mulut, sebut dan hayati setiap kalimah zikir yang kita sebut. Tak perlu kalut pun kejar bilangan. Kita fokus kepada kualiti; memaknai setiap kalimah zikir tu.
Bila sebut Alhamdulillah contohnya, sungguh-sungguh puji Allah atas setiap satu nikmat yang dikurniakanNya. Atau sungguh-sungguh rasa syukur atas ujian yang diberi, yang sebenarnya membuatkan diri kita kembali dekat dengan Allah.
Jom-jom, kita sesama rebut peluang 10 hari terbaik bulan Zulhijjah ni sebagaimana kita rebut peluang 10 malam terbaik di bulan Ramadan.
Jadikan 10 hari ni berbeza berbanding hari-hari biasa kita. Subhanallah, bonus pahala Allah nak bagi. Mesti lah kita semua nak kan.
Semoga segala usaha dan struggle kita mak-mak nak melipatgandakan amal soleh di 10 hari terbaik awal Zulhijjah ni dikurniakan rahmat di sisi Allah. :)
No comments:
Post a Comment