Wednesday 31 July 2024

Kain Felt Berkualiti

Felt 1mm punya pun dah cukup elok ketebalannya, apatah lagi felt 2mm. Memang lebih rasa tebal.


Separuh daripada rakan crafters yang join preorder hari tu, rupanya tak pernah beli pun felt kami. Agak seram. 😅 Saya sebenarnya prefer yang nak join preorder tu, bagi yang memang dah pernah guna. Jadi tahu kainnya macam mana.

Alhamdulillah feedback yang diterima selepas pos buat kami lega dan puas hati. Seronok bagi felt yang berkualiti untuk rakan-rakan crafters guna buat berniaga. 🥰

HIGH QUALITY POLYESTER FELT

Felt putih 1mm 29cm x 29cm

Felt putih 2mm 29cm x 29cm

Felt putih 1mm 100cm x 90cm

Boleh dapatkan terus di Shopee atau Whatsapp kami 010 903 4560.

Nak felt putih tebal 2mm by meter pun ada. Cuma yang tu kami tak letak di Shopee. Limited quantity. 🥰

Wednesday 17 July 2024

Kain Felt Gulung Di Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum. Hai apa khabar semua.

Kita bagi senarai link terus untuk mudahkan rakan-rakan yang mencari kain felt yang sesuai untuk projek seni jahitan kraf tangan. Mungkin untuk projek sekolah anak-anak. Atau projek di institut pengajian tinggi.

HIGH QUALITY POLYESTER FELT

Felt putih 1mm 29cm x 29cm

Felt putih 2mm 29cm x 29cm

Felt putih 1mm 100cm x 90cm

Boleh dapatkan terus di Shopee atau Whatsapp kami 010 903 4560.

Nak felt putih tebal 2mm by meter pun ada. Cuma yang tu kami tak letak di Shopee. Limited quantity. 🥰


Untuk kain felt 1mm saiz 29cm x 29cm bukan ada satu warna putih saja.
Kami ada 33 pilihan warna. 🥰

Jika anda tinggal di Bandar Baru Bangi atau kawasan kejiranan, boleh datang self collect di rumah saya. Kod warna yang ada, mudah rujuk di Shopee dulu.

Tuesday 16 July 2024

Potong Kain

Kerja apa hari ini?


Potong-potong kain untuk restock kain felt putih saiz 29cm x 29cm di Shopee. 🥰

Lepas siap potong ni wajib terlantar untuk luruskan balik tulang belakang, betulkan balik tulang pinggang. Yang tau tu, tau lah azab dia macam mana pergi dia.. 😂

Monday 15 July 2024

Happy Working

Tengah dok relaks-relaks mengarang content, adik driver lori ni call bagi tahu lagi 4 minit nak sampai untuk pick up barang.

Cuihhh, melompat terus kita pun daripada katil. Bersiap, vroom pecut pi rumah mil. Tak sangka dia nak mai (saya first time guna perkhidmatan Easy Parcel jadi tak tahu what to expect). Felt semua kat sana. 

Syukur awal pagi tadi dah siap-siap print air waybill. Felt pun dah siap bungkus.


Nak puji adik lori ni. Bagus dia. Baarakallaahu fiih.

Nampak ceria sungguh, gembira buat kerja dia.

Dia bagi salam lepas turun lori tu, macam bagi salam kat kakak di kampung yang dah lama tak jumpa. 😂 Terus rasa berjangkit nak happy happy jugak buat kerja sendiri hari ni. MasyaAllah. 😆

Saturday 13 July 2024

Kain Felt Gulung Dah Sampai!

MasyaAllah tabarakallah. Felt gulung kali ni semua sampai 'agak cepat' daripada biasa. Allah jualah yang mudahkan segala urusan hambaNya. ALHAMDULILLAH!






Alhamdulillah sebahagian dah diambil tuan-tuannya. Terima kasih datang ambil di Bangi. Sebahagian lagi insyaAllah saya akan pos petang nanti.

Terima kasih tak terhingga buat rakan-rakan crafters yang sudi join preorder felt roll 2024. Ada rezqi nanti insyaAllah kita berurusan lagi di masa hadapan na. 🥰


Selamat memecut untuk jualan Hari Merdeka!
Didoakan Allah kurniakan rezqi terbaik buat kita semua. 😍

Friday 12 July 2024

Tempahan Keychain Dibuka

Lama juga saya rehat buat tempahan keychain nama sejak hari guru lepas. Dua bentuk tapak ni habis licin terus.

Alhamdulillah sekarang dah ada balik tapaknya. Boleh dah saya ambil order macam biasa. Untuk saiz tapak keychain dua ni, maksimum nama yang muat adalah 5 atau 6 huruf.


Nak order boleh whatsapp saya:
0 1 0 9 0 3 4 5 6 0 🥰

Thursday 11 July 2024

Colourful Mini Wooden Letter - Restocked!

Alhamdulillah. Akhirnya. Dah restocked mini wooden letters. Ada banyakkk; beribu-ribu. Boleh dapatkan di kedai Shopee kami. Whatsapp pun boleh.


Dalam gambar ni tak cukup 1000pcs. Anak dara saya ambil buat harta sendiri. Rancak nampak order keychain masuk daripada kawan-kawan. MasyaAllah. 🤭

Cumanya tak sempat langsung Mama nak ambil gambar keychain nama yang kakak Insyirah buat. Malam kita dah nak pejam mata (tidur awal), dia baru nak buat keychain. Esok pagi kita dok kalut siapkan apa yang perlu untuk depa sekolah, dia dah siap packing.

Memang takdan lah ceritanya nak bergambar bagai. 😅

Wednesday 10 July 2024

Yang Naik


Ocean shipping price.
Setahun entah berapa kali naik. 🙂

Pelanggan tetap beli kain felt di kedai oren kami pun mesti perasan yang kami dah naikkan harga sekupang demi sekupang.

Pesaing yang suka gegar harga kami pun dah mula naikkan harga.

*Hmm nak ja cakap, saya ni mak meniaga kecil-kecilan di rumah saja demi mencari dana kelangsungan anak-anak sekolah. Janganlah nak bersaing dengan anak bilis macam saya. Hampa tu jerung kot. Aduhai..*

Daripada RM1.50, sekarang dah jadi RM1.80 sekeping saiz 29cm x 29cm. Tahun depan mungkin kami naikkan jadi RM2.00 kalau dah kos sana-sini naik. Kami kira semua kos berkaitan dan insyaAllah offer the best price yang kami boleh. 

(Pesaing nak main harga kurang 5 sen ka, 9 sen ka, saya tak peduli. Lawak lah. 😅 Saya peratiii ja sejak dulu.)

Saya nak ambil kesempatan juga buat pelanggan tetap Amal Creative yang terus setia berurusan dengan kami walau harga kain makin naik.

If only you all knew how much every penny you spend with us means.

Jazaakumullaahu khayran. 🤍

Tibeh speaking kan. Subhanallah. Haha. Begitulah kalau dah terharu sangat.

Monday 8 July 2024

Cuti Tak Dirancang


Cuti yang tak dirancang. Seminggu lebih cuti balik kampung Langgar. Balik ziarah ahli keluarga yang kurang sihat.

Anak-anak sendiri pun terpaksa kami tinggalkan dengan atok nenek Bangi. Hanya bawa balik seorang yang belum bersekolah.

InsyaAllah esok saya kembali masuk kerja. Mesej di phone pun saya reply esok ya. Phone kerja tu saya tinggalkan di Bangi untuk kegunaan anak-anak.