Monday 15 July 2024

Happy Working

Tengah dok relaks-relaks mengarang content, adik driver lori ni call bagi tahu lagi 4 minit nak sampai untuk pick up barang.

Cuihhh, melompat terus kita pun daripada katil. Bersiap, vroom pecut pi rumah mil. Tak sangka dia nak mai (saya first time guna perkhidmatan Easy Parcel jadi tak tahu what to expect). Felt semua kat sana. 

Syukur awal pagi tadi dah siap-siap print air waybill. Felt pun dah siap bungkus.


Nak puji adik lori ni. Bagus dia. Baarakallaahu fiih.

Nampak ceria sungguh, gembira buat kerja dia.

Dia bagi salam lepas turun lori tu, macam bagi salam kat kakak di kampung yang dah lama tak jumpa. 😂 Terus rasa berjangkit nak happy happy jugak buat kerja sendiri hari ni. MasyaAllah. 😆

No comments: