Saturday 10 August 2024

Sulam Bunga Daisy


MasyaAllah tabarakallah.
Imperfectly perfect. 🤍

(Six strands DMC thread for both white and yellow colour).

Monday 5 August 2024

Kerja

Haaza min fadhli Rabbi.
Pemandangan biasa pagi Isnin.


'Biasa' dalam erti kata kena buat kerja packing barang. Ada masa banyak, ada masa satu saja. Alhamdulillah. 😁

Order Jumaat petang pun kadang-kadang Isnin minggu depan baru dapat pos. Siapa order waktu tu, selalunya rasa aduhaiii lamanya seller ni nak ship out barang. Huhu.

Padahal..

Cerita di sebaliknya. Jumaat tengahari biasa dah keluar pos. Jadi tak kan singgah pos dua kali. Melainkan nilai barang tu lebih RM200. Sebab jumlah tu dapat cover kos minyak kenderaan. Sifir saya macam tu.

Hari Sabtu Ahad, by default adalah hari cuti dan takkan pos. Bila saya pos Sabtu pagi, maksudnya saya sendiri extra rajinkan diri nak pos dan takda program apa-apa hari tu. Ahad memang tak boleh pos. Parcel Hub tutup.

Begitulah serba-sikit kisahnya. Saja rajin nak tulis mengisi wall sendiri supaya nampak kedai oren saya masih on macam biasa. 😅

Kain felt, plastic buttons, wooden buttons dan flatback resin semua ada dan masih dijual. Jemput pilih mana yang berkenan bila perlu. Semua ada di kedai Shopee amalcreative. 🥰