Saya dapat mesej dan bincang tempahan hari Sabtu pagi. Jadi kita pun tunggin terbalik pulun siapkan siang malam. Letih tapi syiokkk masyaAllah. Saya suka dengan cabaran.
Alhamdulillah sebelum Asar semalam siap pos 59pcs keychain nama. Lega tatau nak habaq masyaAllah.. 😂 Oh saya sempat telan pcm 2 biji. Sakit kepala tak boleh bincang.
Client kami kali ni seorang cikgu praktikal. Nak hadiahkan keychain untuk anak-anak pelajar. Mesti happy students cikgu dapat hadiah comel macam ni kan. 🥰
Kami sanggup terima order terkejut tergempaq dan banyak macam ni kadang-kadang saja. Bergantung kepada situasi semasa.
Satu lagi bila dapat client yang mudah berurusan macam ni contohnya, insyaAllah kami pun senang hati nak buatkan. Ni saya kira syarat utama juga lah bila nak urgent order. Mudah berurusan. Tahu jelas apa yang nak dan macam mana nak. 😃
Biasanya saya minta masa seminggu dan ke atas. Sebab bila short notice dan nak segera, saya lah sakit kepala nanti. Sakit tu sebab dalam kepala berlawan-lawan nak dapatkan hasil perfect (yang biasanya gerak slo-mo) tapi kena buat kerja laju. Dia macam bertembung dua angin.
Ini pun Alhamdulillah, anak yang tolong susun nama. Nama perempuan, semua kakak yang susun. Baarakallaahu fiiha. Kakak khatam dah Mama punya stail susunan macam mana. So Mama buat untuk nama lelaki saja. Kerja kakak ofkos dapat upah.
InsyaAllah nanti kita share lagi gambar yang siap pasang keychain. ✨
No comments:
Post a Comment