Sunday, 16 March 2025

Material Besi Untuk Kraf DIY

Update terkini:
Semua lapan item ni dah masuk Shopee amalcreative.

✨Open jump ring.
✨Mini lobster clasp hook.
✨Pin bar brooch.
✨Good quality flat key ring.
✨Smooth keychain.
✨Good quality flat keychain.
✨Lobster clasp hook.
✨Swivel hook.

Pilihan warna yang ada: Silver/bronze/light gold/rose gold.



Good quality flat keychain: https://s.shopee.com.my/3q90qZIgRl


Good quality flat key ring: https://s.shopee.com.my/2VddGEkmR8


Mini lobster clasp hook: https://s.shopee.com.my/2qGTenkW7L


Boleh dapatkan semuanya di Shopee Amal Creative. Klik link yang disediakan untuk pembelian pantas. :)

Saturday, 8 March 2025

Resin Bunga Ros Comel


A quick update. Resin ros kuning habis ya. Yang ada sekarang, campuran tiga warna pink untuk ros. Masih banyak. Baru tambah stok.

Ada di kedai Shopee:

Tahun ni giliran kami raya di Bangi. Jadi insyaAllah kedai Shopee kami dapat buka macam biasa sampai hujung Ramadan. Saya saja mungkin jarang muncul di medsos. Tapi kedai tak tutup ok.

Kalau perlu flatback resin, butang atau kain felt untuk siapkan kerja/tempahan, boleh terus ke Shopee ya. Cari nama amalcreative. 🙂

Monday, 17 February 2025

Kain Felt 2025


Sedang sibukkan diri. Supaya tak teringat sangat si bongsu yang masuk Darjah 1 hari ni.

Sunyi ya.. Bertahun-tahun Adik Anas jadi teman berbual sambil Mama packing barang. Teman Mama pos barang and all.

Tahu. Masanya akan tiba. Cuma emosi yang ada ni, perlu urus dan raikan juga.

Tahun depan, abang sulung pula minta nak masuk asrama walau sekolah dekat 10 minit saja dari rumah. Di rumah ada gangguan handphone and game katanya.

The best time mungkin. Allah nak bagi extra peluang banyakkan pula bekal amal soleh sendiri. Tak lama mana dah pun nak masuk 4 series. 

Wednesday, 5 February 2025

Huruf Kayu Mini Vokal AEIOU


Alhamdulillah kedai Shopi dah buka macam biasa. Penghantaran pos ada setiap hari kecuali Sabtu Ahad.

Hari ni kita masukkan item baru yang ramaiiiii requested sebelum ni. 

✨Huruf kayu mini vokal AaEeIOU✨

Semua ada di sini:

Nak whatsapp pun boleh.
010 903 4560. Lagi murah.

Saturday, 25 January 2025

Resin Bunga Besar


Contoh resin bunga besar. Saya bandingkan dengan 50sen lama. Ya memang besar. Alhamdulillah saya dah siap ambil gambar semua. Cuma tak sempat lagi untuk jual. InsyaAllah selepas Ramadan ni kita upload di Shopee. Stay tune for more updates. :)

Friday, 24 January 2025

Flatback Resin Bunga Besar


Sebenarnya ada lagi sekotak resin saiz besar-besar yang saya belum ambil gambar. 🤭

Ni lah yang kata ada silap tu. Ada 4-5 design yang memang betul nak. Yang lain, silap sendiri tak check betul-betul. Huhu..

Alhamdulillah 'ala kulli haal. Bak kata adik kesayangan nun jauh di KB sana, ada lah sebab baik di sebalik silap tu. Yang Allah bagi jadi, mesti semua baik-baik. Cuma kita yang takkan mampu atau belum mampu nampak. 🥰

Kitonyo dah dalam mood nak bercuti berehat ni. Tapi bila memikirkan ada 'duit beku' kat situ.. Haih.. 😂

Thursday, 23 January 2025

Mini Resin Bunga Comel Terbaru



Alhamdulillah done semua dah masuk kedai Shopee. Boleh search terus nama amalcreative, insyaAllah jumpa.

Selain flatback resin ni, kita ada juga keychain, key ring, jump ring, swivel hook, lobster clasp hook, pin bar etc. Oh ya, tapak keychain hitam yang bulat, panjang dan pendek pun ada.

Gam B7000 saja saya belum sempat restock. Tu nanti insyaAllah lepas cuti ke kita usahakan. Jadi jemput lah cuci mata apa yang ada dulu. Macam-macam ada. 🥰

Kami buka Shopee sampai Ahad ni 10 malam. Kemudian akan bercuti selama seminggu. Jika perlu bahan segera, boleh order segera sebelum kami turn on vacation mode.

Order di whatsapp pun boleh kalau nak murmur sikit. Dan mohon jasa baik terus buat photo collage apa yang nak diorder dan terus tulis berapa pack okeh. Laju sikit saya reply. Nombor whatsapp saya 010 903 4560. 🥰

Wednesday, 22 January 2025

Mini Resin Awan Comel


Banyak mini flatback resin yang dah kami restocked dalam Shopee hari ni. Antaranya hot selling item - mini smiley cloud. Boleh check ya. 

Saya cuba masukkan lagi seberapa banyak yang boleh. Mengejar masa nak cuti seminggu minggu depan. Ahad ni jam 10 malam saya turn on vacation mode di Shopee.

Tuesday, 21 January 2025

Resin Bunga Dalam Pasu


Lovely flowers in pot ni kami dah restock dan update di Shopee ya. Boleh pilih bunga atau ambil yang mixed. Siapa tak tahu nak pilih mana sebab semua comel, ambil yang mixed. Hee. Mudah cerita.

Kalau tanya saya yang mana comel pun, mestilah saya jawab SEMUA comel belaka. 🤭🥰 Ada di link ni https://s.shopee.com.my/40R71ehElY

Nak beli di whatsapp pun boleh.
Nombor saya 010 903 4560.

Monday, 20 January 2025

Flatback Resin Daun Comel


Comel kannn koleksi flatback resin daun-daun kami. :D

Setelah difikir-fikir mendalam, akhirnya ahkak ambil keputusan untuk letak semua daun ni SAMA HARGA saja walaupun harga kos dia ada sedikit perbezaan.

Nak pack 50pcs/10pcs boleh whatsapp.
Nak pack 10pcs pun ada di Shopee.

Link daun hijau:

Link daun musim luruh:

Tapi di Shopee macam biasa, dia campur tambahan harga caj. Jadi naik sikit harganya. Nombor whatsapp ahkak 🌿 Amal 010 903 4560.


Ahkak dah siap ukur semua resin dedaunan segar ni. 🌿 Ahkak letak atas pembaris. Ahkak letak atas syiling. Syiling belakang daun tu syiling 10sen baru.

Harapnya membantu serba sedikit untuk buat keputusan memilih. 🥰

Sunday, 19 January 2025

Cute Keychain Packaging



Edit gambar yang dah siap pack lah dulu. Sedang mencari kekuatan nak edit gambar penuh. 🤭

Kebanyakan crafters memang suka dan genuinely passionate sungguh buat kerja kraf. Cuma bila mai tang bab nak ambil gambar buat tatapan umum, dia syahdu sikit.

Tapi tapi kalau tak ambil gambar, macam mana nak dokumentasikan kerja seni sendiri dan jadikan bahan marketing, yer dak? 😂 Jadi mohon rajin, Amalina..

Tu resin baru masuk, haruslah kita yang guna dulu. MasyaAllah ee comel. Dipadankan pulak dengan warna huruf kayu lazymeow yang sweet tu. So lovely.

Kita memang buat sepenuh hati bab susun atur nama di keychain; macam nak hadiahkan untuk diri sendiri. Carefully chosen. Handpicked. 😁🥰

Saturday, 18 January 2025

Shopee International


Shopee dah tukar air waybill layout depa untuk international parcel.

Sebelum ni guna alamat gudang Johor. Jadi kita pun tak tau nama customer dan di mana alamatnya. Tapi yang sekarang ni, dah dapat tau.

Lagi suka macam ni. Sekurang-kurangnya dapat belajar nama-nama tempat di negara jiran kita di Selatan sana. 😃 Harapnya satu hari nanti, Shopee buka platform Malaysia untuk jiran di Brunei dan Indonesia juga.

Friday, 17 January 2025

Keychain Untuk Guru

Because crafting is his mother's love language. Haruslah keychain nama jadi hadiah buat guru kelas di akhir sesi persekolahan. :)




Saya ambil juga tempahan keychain nama. Tak kira kuantiti sama ada sikit atau banyak. Boleh saja. Whatsapp 010 9034560 untuk kita bincang lanjut sampai jadi insyaAllah. Kita buat ikut bajet clients. :)

Wednesday, 15 January 2025

Metal Findings Malaysia








Metal findings.
Apa itu metal findings?

Komponen besi yang biasa digunakan untuk buat keychain. Ada rantai kunci, cangkuk, sepit, gelung dan macam-macam lah nama depa ni. 🤭

Nama Melayu bunyinya agak aneh. Bila Google pun susah jumpa dengan tepat barangnya. Jadi akan dinamakan dalam Bahasa Inggeris supaya lebih familiar; walau nanti pun bunyi aneh. Nama depa ni semua saya belajar daripada sifu saya di Bintulu sana. Baarakallaahu fiik. 🥰

Jemput cuci-cuci mata dulu. Ada empat jenis warna. Silver tu wajibbb lah kan. Lagi tiga: light gold, rose gold and bronze. Classic colours saja saya bawa masuk. 😃

Thursday, 9 January 2025

New Mini Resin


Yang ni tak tersilap beli. Hee..

Waktu unboxing, sesama jerit dengan my one and only little princess. MasyaAllah. Awwww comelnya comelnyaaaaa.. 😂🥰

Abang dengan adik-adik lelaki dia buat kerut kening, cebek muka tengok kami berdua. Depa tak boleh relate. Ahahaha. :p

Wednesday, 8 January 2025

Keychain Nama Dalam Proses


Pekerjaan sejak semalam.
Alhamdulillah Alhamdulillah.

Yang syoknya tempahan ni, saya nak rasmikan resin-resin dan keychain yang baru dapat.
Huruf-huruf di plat kayu pun guna batch warna-warna baru. Serius seronok kerja susun-susun macam ni. 

MasyaAllah tabarakallah. 🥰

Siapa nak order juga, boleh Whatsapp na. Jangan risau nak buatkan saya sibuk. Saya lagi suka sibuk ada kerja nak dibuat.

Monday, 6 January 2025

2025 New Items




MasyaAllah tabarakallah.
Alhamdulillah selamattt.

Berat semacam betul. Rupanya sebab ada tershilap beli resin. Pi beli resin besar (sebenarnya tak pandai jual resin besar). Huhu.. Terpesona dengan kecomelan design. Sampai lupa double check saiz dia. Subhanallah. Tak tau nak gelak ke nak nangis. Dah lah tunggu lama. 😭

Rasa macam kena tegur direct pun ya. Sokmo terpesona dengan indahnya dunia. Itu nak, ini nak. At the end, bukan semua pun nak diguna dan berguna. Uwa.. 😭

Bagi sis 'hadam' dulu sat.
Mencari hikmah. 🤧

*Saya happy ja ni Alhamdulillah barang selamat sampai. Cuma jadi termenung sekejap. Lebih kepada terkejut dapat resin besar. Padahal sendiri yang order kan. Ahaha. Entah apa difikir waktu order tu.